Thursday, November 24, 2011

FAIL



My attempt of working a simple problem without using calculator is a total FAIL

=_='

Thursday, November 10, 2011

Wa wa wa wa wa tu belonnnn!

10 000 Interpretasi Contest: www.contengconteng.com


Dulu semasa kecil, ayah dan mama selalu mengajak kami adik-beradik duduk di balkoni luar rumah, pada waktu malam untuk melihat bulan dan bintang. 
Kata mama, bintang berkelip yang bergerak itu, sebenarnya lampu kapal terbang. Kata ayah pula, bintang yang tak berkelip itu, sebenarnya satelit. Dan bulan pula berfungsi mengawal pasang surutnya air laut. 

"Cuba letak tangan kat mulut, bukak tutup bukak tutup, sebut wa wa wa wa wa tu bulannnn!", kata mama.

Aku dan adik-adikku pun mengajuk, 
"wa wa wa wa wa tu bulannnn!", sambil mendongak ke langit.

Semua tersenyum bahagia. 
Lihatlah, betapa indah ciptaan Allah, walaupun suram suasana malam, masih ada beberapa titik cahaya diciptakan untuk hamba-Nya yang berfikir. 


Namun, ada suatu hari yang telah mengubah kata-kata itu kepada "wa wa wa wa wa tu belonnnn!". 

Pada suatu malam, aku pulang ke rumah dari lawatan sekolah. Di tanganku terikat sebiji belon berisi gas helium yang boleh terapung di udara. Dengan hati yang girang, aku masuk ke dalam rumah dan melepaskan pegangan benang belon itu bagi membolehkan ia terapung hingga ke siling rumah. Aku tersenyum bangga, menunjuk lagak di hadapan adik-adikku yang lain. 

Tiba-tiba, seorang daripada adik lelakiku terus menggapai benang pada belon itu, dan mengambilnya untuk ditunjukkan kepada ayahku yang berada di luar rumah. Tanpa berfikir panjang, dia melepaskan benang di pegangannya itu, menyangka yang belon itu akan terapung seperti yang aku tunjukkan di dalam rumah tadi.

Aku terpaku.

Dia sememangnya silap. Di luar rumah tak ada siling. Di luar rumah, belon itu akan terapung setinggi-tingginya. Akhirnya, belon itu terus terbang, entah ke mana. Mungkinkah sampai ke bulan?

Sejak hari itu, kata-kata "wa wa wa wa wa tu bulannnn!" dah bertukar kepada "wa wa wa wa wa tu belonnnn!".


Terbang belon terbang...


Bila kita fikir sejenak, apa pengajaran yang Allah nak beri pada kita, hanya dengan peristiwa sebiji belon yang terbang ke udara?

Begini, kalau kita masih di dalam rumah, bagaimana kita nak terbang tinggi? Macam belon, kalau tak sampai ke bulan pun, sekurang-kurangnya ia tetap dah terbang ke awan. Ibaratnya, kalau hati kita masih terkurung, kalau minda kita masih terperap, bagaimana kita nak berjaya? Walau kejayaan tu masih jauh, sekurang-kurangnya kita sudah berusaha.

Ingat, usaha tangga kejayaan!


Sunday, November 6, 2011

Raya Haji 2011


Selamat Hari Raya Aidiladha


Taqabbalallahu Minna Wa Minkum
Semoga Allah menerima ibadah kita semua :)

Thursday, November 3, 2011

Pilihan di tangan anda!

Betul lah takdir tu memang dah tersurat di Luh Mahfuz, tidak akan diubah, tidak akan di tokok tambah, walau sesaat nafas hela setiap manusia itu.

Namun, siapa yang tahu kesudahan hidupnya nanti? Apakah suratan yang Allah takdirkan untuk nya? Tak siapa yang tahu.

Jadi carilah jalan cerita dan watak yang terbaik bagi dirimu, agar kesudahan ceritamu di penghujung nanti berakhir dengan baik. Macam dalam iklan, 

Pilihan di tangan anda!