Thursday, August 2, 2012

Murtabak

Resepi Murtabak buka puasa kat rumah Kak Tie haritu :) - dedicated to Wani

Kulit murtabak
Boleh tengok resepi kat sini, sebab kita pon google je hehe

- ikut saja resepi tu, insyAllah jadi la kot, kita haritu pon x pandai nak uli bagi nipis, mesti dia terkoyak-koyak.

Inti
Sausage (Aussie sausages - bukan frankfurter)
Bawang besar
Bawang putih
Rempah kari
Serbuk cili
Telur (kuantiti depends)
Maggi (optional)

- kita buang dulu kulit sausages tu, then mashed bagi hancur.
- tumis bawang besar dan bawang putih, then masukkan minced meat tadi.
- masukkan rempah kari dan serbuk cili accordingly, to your preferences dan boleh jugak nak tambah apa-apa perisa sesuka hati.
- telur tu nanti in a seperate bowl campurkan dengan diced bawang besar dan campur la dengan meat yang dah masak tadi tu (dan maggi kalau ada)

*******

Selingan: Kita sudah hampir kepada pertengahan bulan Ramadhan tahun ini, bulan penuh barakah. Seharusnya pesta ibadah ini semakin berada pada kemuncaknya. Bonus pahala yang Allah berikan ini tiada sedikit pun yang merugikan kita. Oleh itu, kita lihatlah semula, adakah Ramadhan kita diisi sebaiknya, atau sebaliknya? 

Tepuk dada, tanya iman.