*ini post yang ke-100. Kumeniti awan yang kelabu Kutempuhi lorong yang berliku Mencari sinar yang menerangi Kegelapanku . Kupercaya pasti suatu masa Sang suria kan menyinar jua Membawa harapan yang menggunung Bersamanya. Engkau tiba bagaikan pelangi Tak bercahya namun kau berseri Tapi cukup menghiburkan Hati ini . Seharian waktu bersamamu Tak terasa saat yang berlalu Bagai pelangi petang kau kan pasti Pergi jua. Tipulah kalau saya kata tak ada apa pun di Inti ni, tak ada apa pun di Nilai ni. Tipu, kerana di sini ada persahabatan.
Dua budak belang Nina dan Syafiq: Kakak Nana, jom la main mak mak! Kakak Nana: Ok jom, tapi Kakak Nana nak jadi baby. Nina dan Syafiq: Mannnnna bolllllehhhh! Kakak Nana besar, kena lah jadi mak. Haaa. Kakak Nana: Tak boleh tak nak main. Nina dan Syafiq: Ok lah ok lah.Kakak Nana: Hehehehe... ^_^
Comments