It's Winter Break
Alhamdulillah.
Saya dah pulang ke rumah.
Saya rindu Adelaide.
I have loads of things in my mind right now.
Perkara no. 1
Saya amat berbesar hati kerana Spain telah menang. Tak rugi saya stay di Melbourne sebab rumah Nad ada Tv. Kami berdua saja yang tengok dengan excited nya final pagi tu. Mula-mula memang bosan, tak habis-habis dengan yellow card. At last ade jugak red card ;)
Tapi kami tetap bersorak bila Iniesta golkan bola. Cuma sorakan tu tak panjang sebab saya tak minat sangat Iniesta. Kalau Torres berambut macho, tak pun Navas si mata cantik tu mungkin saya sorak lebih lama ;P
Picture ni taken from fb Jiha. Mafla Spain ni Jiha punya, dia beli masa kat Sydney.
p/s: Tapi tak apa, cukuplah dengan bola dulu. Berhibur tak boleh lebih-lebih kan.
Perkara no. 2
Winter Trip 2010. Adelaide - Sydney - Canberra - Melbourne. It was a Road Trip and the journey was memorable ;)
Naik satu hiace dengan Kak Shiela memang seronok dapat main dengan baby Fatih.
Hiace kami bernama Thalhah, salah seorang sahabat Rasulullah SAW yang syahid dan dijanjikan syurga.
Sydney
Pemandangan di Sydney memang sangat cantik di Darling Harbour. Tapi kalau dibandigkan dengan Adelaide, Sydney adalah bandar yang sesak sesesak Kuala Lumpur tu. Adelaide lebih aman damai dan ramai orang tua seaman Taiping. (Saya juga rindu akan Taiping).
Darling Harbour
Canberra
Canberra bandar yang biasa. Cuma ada bangunan-bangunan kedutaan negara-negara. Tapi Canberra sangat sejuk suhunya di bawah paras beku.
Melbourne
Melbourne teramat seronok.
1. Sebab ada kawan-kawan yang dah lama tak jumpa.
2. Sebab ada berita gembira dari Nad dan Apek yang sangat gula-gula ;)
3. Sebab Melbourne boleh jalan-jalan malam sebab city dia tak tutup pukul 5pm macam Adelaide.
4. Sebab ada satu restoran India yang bagi kami masuk makan walaupun dah tutup. Siap pasangkan lagu-lagu hindustan lagi ;P
p/s: Terima kasih Nad, Pear, Jenny, dan Sara sebab tumpangkan rumah.
Perkara no. 4
Result exam dah keluar! Alhamdulillah saya rasa Ok tapi masih boleh usaha lebih lebih-lebih lagi untuk course Construction 1.
Kalau dulu gred D lebih busuk dari gred C, tapi sekarang gred D distinction itu lebih baik. Saya hampir-hampir keliru tadi. Harapannya sem depan boleh dapat HD insyAllah ;)
Perkara no. 5
Saya beli diary ini dengan harga AUD 0.99 di Melbourne. Diary ni adalah diary tahun 1990 jadi saya rasa macam best dapat diary tahun lahir sendiri. Sekurang-kurangnya saya dapat ingat hari saya lahir kan.
Awak pun lahir tahun 1990 ke ;)
Comments
tapi blog hang lagi terbaik anneh! ;)