Friday, August 6, 2010

Kisah Ifa Diego

Macam yang biasa berlaku, masa kami nak balik ke rumah dari sekolah tadi, bas W90 terlepas depan mata je.
Nak tak nak 15-20 minit lagi baru bas seterusnya sampai.
Kami pun main permainan yang selalu kami main untuk hilangkan bosan menunggu bas.


Ifa: Ok Nana, cuba hang carik rabbit.

Nana: Rabbit? Hum... Mana ni... (beberapa saat kemudian) Oh tu ha, tadi bas M44 tu lindung!

Ifa: Haha besar kan, dia pandang hang la Nana. (Ifa memang suka cakap benda pelik macam ni)

Nana: Ok tak pa Ifa, carik Austin pulak.

Ifa: Perkataan ke ape?

Nana: Mana aci bagi clue. Carik je lah.

Ifa: Tak pe la, clue sikit je.

Nana: Tak boleh. Cepat carik, aku dah ada idea lagi satu ni.

Ifa: Kejap la! (Setelah agak lama) Ala... tak tau lah.

Nana: Haha surrender ke?

Ifa: Aah.

Nana: Tu Austin St sana tu. Yeay Ifa kalah!

Ifa: Ala jauh tu, mana nak nampak!

Nana: Ape pulak, ok la tu. Hang yang tak terror.

Ifa: Ok o bagi hang lagi satu. Carik.. Aurion.

Nana: Boleh nampak dari sini tak? Dia tak bergerak kan? Tak aci la kalau bergerak tau. (Pusing-pusing lama jugak) Mana ni Ifa..
Oh! Tu dekat kereta biru tu! Haha yes!

Ifa: Haha (gelak kalah). Tengok, o bagi hang dekat je, hang tadi bagi jauh.

Nana: Eleh, tak de la jauh mana pun. Ok next, Hanoi.

Ifa: Hanoi? (Lama sampai bas dah datang pun tak jumpa-jumpa lagi)
Eh bas dah sampai la. Mana nye?

Nana: HAHA! Ok la aku bagitau, tu dekat newspaper hang pegang tu la. Hehe...

Ifa: Mana aci kat surat khabar!!

Nana: Ape pulak, aku bagi lagi dekat, hang yang pegang sendiri paper tu kan.
Yeay 2-0. Ifa kalah ;P


Ifa naik bas dengan tak puas hati.
Dalam bas boleh lagi nak main sebab tak nak kalah punya pasal.
Kesian Ifa >_<

p/s: Dah la sebenarnya terpaksa balik cepat walaupun tak nak, sebab kami kena menyamak tangan akibat terpegang 'beg cantik' di Strandbags tadi. Harus lebih berhati-hati lepas ni.

Related post



8 comments:

isaaimanmohamadkasim said...

hahah.
nanti aku pegi adelaide nak main jugak. boleh?

Nor Liyana Mohamad Rosly said...

haha. boleh2. kita bet sape kalah belanja ok.

Norain MT said...

Tengah bayangkan muka comel Ifa bila tak puas hati:)

.::annemishi::. said...

game nih.. aku selalu main ngn family ku dalam keta.. haha..

rindurumah.:|

nsWai said...

lain kali main dgn aku!

Nor Liyana Mohamad Rosly said...

ain: comel ke ifa? huhu.

anneh: sama la, adek aku pon suke main bende nih kalau dlm kete balik kampung ;P

Y: boleh! kite tengok sape menang!

FaiRA said...

hek eleh..bhoo.hng carik rabbit bbrapa minit.bukannya beberapa saat.x baek sebarkn benda x btol..wa3

Nor Liyana Mohamad Rosly said...

tipu la ifa, tak sampai beberapa minit pon. tu pon sebab bas tu lindung. kalau tak dah jumpe kejap je. wek!