Friday, August 20, 2010

Diari Ramadhan: 10 - Ayah zaman muda

Pejam celik pejam celik tup tap tup tap dah 10 Ramadhan.
Bila difikir-fikir balik, terisi tak sepertiga bulan yang berlalu tu dengan sebaiknya?
Bak kata orang, tepuk dada tanya iman.
Hanya Jauhari yang mengenal Manikam. Siapa Manikam? Hanya Jauhari lah yang kenal... (merepek je).

* * *

Tadi saya ternampak satu album Seratas di fb home. Dalam album tu ada gambar-gambar zaman lama yang saya pon memang tak kenal super senior tu semua. Tapi saya suka tengok sebab nak cari gambar Ayah dengan Mak Chik. Tengok dan tengok, saya terjumpa jugak satu gambar Ayah dalam album tu. Gambar ni mungkin gambar waktu zaman awal-awal 90an kalau tak silap.

Tak tau lah kenapa Ayah tadah tangan, nanti kena tanya ni.

Cuma bila saya baca komen-komen ex-students kat bawah tu, saya discovered something yang lawak.

Siapa Lee Roy?

Dulu Ayah pernah jugak cerita pasal nama dia diconteng dekat dinding depan komputer lab (sebab garang kot), tapi tak pernah pulak cerita pasal Lee Roy ni. Mungkin Ayah tak tau lah. Haha...

p/s: Kena suruh ayah buat fb la lepas ni.

Related post



2 comments:

kenzo said...

oh oh,
suruh la ayh buat fb..:P
mesti bestt..:D

Nor Liyana Mohamad Rosly said...

uish tapi bahaya pulak kalau ayah ada fb nanti. rahsia banyak. huhu ;P