Sedikit sebanyak
Spring
Tanggal 1 Ogos ni, winter hanya tinggal 31 hari saja lagi. Spring bakal menyusul secara official pada 1 September nanti walaupun pertukaran musim tak lah boleh dijangka-jangka dengan tarikh yang tepat.
Hakikatnya musim sejuk ni memang banyak cabaran. Bila malam lagi panjang dari siang, jam baru pukul 10 atau 11 dah mengantuk. Belum sempat lagi nak study lecture note esok. Jari pula sejuk beku, susah nak menulis.
Tak sabar rasanya nak sampai ke spring. Tak sabar nak tengok bunga-bunga mekar ditambah harmoni warna-warni.
Ramadhan
10 hari lagi Ramadhan juga bakal tiba. Bulan yang penuh berkat. Saya rasa semua orang mesti harapkan yang terbaik kan? Moga-moga insyAllah, Ramadhan kali ini kita sambut dengan berbesar hati dan kita penuhkan dengan amalan yang besar-besar. BESAR PUNYA!
Sekolah
Saya rasa dah 2 kali pun saya post entry tentang jadual semester2 ni. 2 hari dalam seminggu saya ada kelas sampai ke malam, dan 2 kali seminggu jugaklah saya kena berbuka dalam kelas. Tapi tak pa, paling tidak saya ada makanan, tak macam orang lain yang jauh lebih susah. Sekolah sem ni pun saya harap lebih menarik dari sem lepas sebab, satu-satunya kelas Computer Manipulated Photography A tu ada ramai perempuan. Selalunya kami 3 orang la perempuan-perempuan Melayu terakhir dalam kelas dan dikelilingi mat-mat salleh. Tapi kelas yang ini berbeza. Ramai perempuan dari lelaki dan saya rasa perempuan sangat helpful. Tambah-tambah lagi bila mak cik haritu terkurung dalam bilik printer dengan kami. Mak cik tu cool!
Aidilfitri
Saya tak balik raya di Malaysia tahun ni. Sejak dua menjak ni ramai pulak orang yang tanya pasal balik raya ke tidak. Saya tau ramai rindukan saya, tapi nak tak nak, pagi raya tu saya ada kelas. Mungkin saya boleh sambut Aidilfitri dengan classmates kelas Structure 1 tu nanti.
;)
Comments