Thursday, July 29, 2010

Jadual terbaru



Ok ini jadual terbaru dan tetap sehingga hujung tahun 2010 nanti selepas ditambah elective course.
Semester kali ni memang menarik sebab kalau lihat betul-betul pada gambar, hari Selasa kelas saya habis pukul 9.30 malam. Hari Khamis pulak pukul 7.00 malam.
Belum pernah lagi saya kelas sampai malam-malam macam ni.
Bulan Ramadhan nanti, mesti lagi mencabar sebab asyik kena berbuka dalam kelas.


Yelah, sejak sampai di sini, saya rasa banyak perkara menarik berlaku.
Tak kiralah menarik yang baik atau tak, semua tu mengajar saya erti kehidupan ;)

Tuesday, July 27, 2010

Nur Imanina




Gambar ni gambar lama, lebih kurang 2 tahun lepas mungkin. Masa ni Nina baru ada 2 batang gigi spongebob je ;)

Pejam celik pejam celik balik, cepat saja masa berlalu. Nina sekarang dah 4 tahun. Syafiq sekarang dah 3 tahun.
Saya kat sini dah semester 2.



Saya rindu keluarga.


Sunday, July 25, 2010

Sekolah

Esok sekolah!
Dengan hati yang terbuka, jom kita mulakan semester baru ni.


Sekarang juga saya rasa dah sampai masa untuk saya mula kira beberapa perkara:

Yang pertama, bilangan hari menjelang Ramadhan.
Yang kedua, bilangan hari menjelang Syawal.
Yang ketiga, bilangan bulan yang tinggal untuk pulang ke Malaysia.


;)

Thursday, July 22, 2010

When words speak

By any chance, I love learning something from sayings.
I love eloquent lyrics in songs.
That's the thing why I can't have music while studying like other people do.
Otherwise I will tend to study the lyrics instead of the book.


Just now Kak Ili had us watching an Indonesian movie called Sang Murabbi which literally means A Teacher. It's a movie based on a true story of late Ustaz Rahmat Abdullah.

One thing that I learned from it is:

Ada 2 perkara yang kita harus sentiasa ingat;
1. Kebaikan orang lain terhadap kita
2. Keburukan kita terhadap orang lain

dan

Ada 2 perkara yang kita harus lupakan;
1. Kebaikan kita terhadap orang lain
2. Keburukan orang lain terhadap kita


Tuesday, July 20, 2010

Jadual kelas semester baru


Sehari sesubjek buatkan perasaan malas tu bercampur baur dengan rajin ;)


1. Subjek 3 saja, tapi masanya tak teratur. Cuti di hari Selasa tu macam tak memberi kelebihan sangat pun.

2. Tiket bus sehala 1.44 aud. Dua hala 2.88 aud dah. Seminggu 4 hari kelas, 11.52 aud. Sebulan 4 minggu kelas, 46.08 aud. Kesimpulannya, sekurang-kurangnya 50.00 aud sebulan saya harus kuotakan untuk tiket bus sahaja. Macam mana saya nak kumpul duit nak beli ipod touch ni ;P

Tapi apa-apa pun yang tertulis tu semuanya yang terbaik untuk kita. Tak rugi kita percaya dengan Allah.



New semester, wait for me! We'll be meeting in few days time with new resolutions!

Monday, July 19, 2010

Sunset at Glenelg

We still have one week left of this winter break.

Bunyi macam sekejap je satu minggu tu, tapi duduk di rumah tanpa buat apa-apa agak membosankan. Jadi kami yang tinggal di rumah ni ambil keputusan untuk ke Glenelg melihat matahari terbenam.

Nasib baik sempat sampai ke pantai tu sebelum sunset habis. Sipi-sipi saja lagi matahari tu nak tenggelam berganti bulan. Tapi disebabkan hari mendung kelabu, sunset hari ni tak berapa cantik seperti hari-hari lain. Namun saya tetap kagum betapa hebatnya ciptaan-Nya. Subhanallah.

Di pantai mahupun di city, di sini mahupun di sana, kita tengok matahari yang sama. Sweet kan Penciptanya ;)


Burung-burung comel ;)


Lihat awan tu hitam. Hujan pun turun selepas matahari terbenam


Thursday, July 15, 2010

It's Winter Break

Alhamdulillah.
Saya dah pulang ke rumah.
Saya rindu Adelaide.
I have loads of things in my mind right now.

Perkara no. 1
Saya amat berbesar hati kerana Spain telah menang. Tak rugi saya stay di Melbourne sebab rumah Nad ada Tv. Kami berdua saja yang tengok dengan excited nya final pagi tu. Mula-mula memang bosan, tak habis-habis dengan yellow card. At last ade jugak red card ;)
Tapi kami tetap bersorak bila Iniesta golkan bola. Cuma sorakan tu tak panjang sebab saya tak minat sangat Iniesta. Kalau Torres berambut macho, tak pun Navas si mata cantik tu mungkin saya sorak lebih lama ;P

Picture ni taken from fb Jiha. Mafla Spain ni Jiha punya, dia beli masa kat Sydney.


p/s: Tapi tak apa, cukuplah dengan bola dulu. Berhibur tak boleh lebih-lebih kan.


Perkara no. 2
Winter Trip 2010. Adelaide - Sydney - Canberra - Melbourne. It was a Road Trip and the journey was memorable ;)
Naik satu hiace dengan Kak Shiela memang seronok dapat main dengan baby Fatih.
Hiace kami bernama Thalhah, salah seorang sahabat Rasulullah SAW yang syahid dan dijanjikan syurga.

Sydney
Pemandangan di Sydney memang sangat cantik di Darling Harbour. Tapi kalau dibandigkan dengan Adelaide, Sydney adalah bandar yang sesak sesesak Kuala Lumpur tu. Adelaide lebih aman damai dan ramai orang tua seaman Taiping. (Saya juga rindu akan Taiping).

Sydney Opera House

Lakemba Mosque

Darling Harbour


Canberra
Canberra bandar yang biasa. Cuma ada bangunan-bangunan kedutaan negara-negara. Tapi Canberra sangat sejuk suhunya di bawah paras beku.

Melbourne
Melbourne teramat seronok.
1. Sebab ada kawan-kawan yang dah lama tak jumpa.
2. Sebab ada berita gembira dari Nad dan Apek yang sangat gula-gula ;)
3. Sebab Melbourne boleh jalan-jalan malam sebab city dia tak tutup pukul 5pm macam Adelaide.
4. Sebab ada satu restoran India yang bagi kami masuk makan walaupun dah tutup. Siap pasangkan lagu-lagu hindustan lagi ;P

p/s: Terima kasih Nad, Pear, Jenny, dan Sara sebab tumpangkan rumah.


Perkara no. 4
Result exam dah keluar! Alhamdulillah saya rasa Ok tapi masih boleh usaha lebih lebih-lebih lagi untuk course Construction 1.
Kalau dulu gred D lebih busuk dari gred C, tapi sekarang gred D distinction itu lebih baik. Saya hampir-hampir keliru tadi. Harapannya sem depan boleh dapat HD insyAllah ;)


Perkara no. 5
Saya beli diary ini dengan harga AUD 0.99 di Melbourne. Diary ni adalah diary tahun 1990 jadi saya rasa macam best dapat diary tahun lahir sendiri. Sekurang-kurangnya saya dapat ingat hari saya lahir kan.

Awak pun lahir tahun 1990 ke ;)



Saturday, July 10, 2010

Melbourne dan Spain

Hari-hari yang indah di Melbourne.
Jumpa saja Hasanah dan Nad semalam terus kami dapat berita yang menggembirakan semua orang. Nampaknya banyak benda dah berubah ;)

Satu yang tak berubah ialah, sokongan terhadap Spain! Sokongan ni tak akan berbelah bahagi. 
Saya nak upload gambar kami dengan bendera Spain masa di snow kat Perisher Valley, tapi ada dalam camera Shikin. Yang saya ada cuma masa on the way nak naik atas. Gambar ni pulak terpaksa di crop sebab muka kami yang baru bangun tidur dalam hiace tu ;P


Apa-apa pun, hidup Spain!



Saya masih ada beberapa hari lagi di Melbourne ni dengan mereka-mereka yang happening ni. Tapi saya rindu Adelaide jugak ;)

Sunday, July 4, 2010

Siapa bakal mara?

Dari minggu lepas lagi saya dah simpan hasrat nak tengok 2 perlawanan quarter-finals tu sebab baru habis exam hari sabtu semalam. Namun disebabkan perasaan mengantuk bercampur penat memerah keringat dan otak, saya mengalah. Semalam saya cuma sempat tengok Argentina-Germany saja, itu pun dengan intenet yang tersangkut-sangkut. Bila refresh, Germany gol lagi. Bila tersedar dari tertidur, Germany gol lagi dan lagi. Bila sangkut lagi saya ke channel yang lain tapi ulasan perlawanannya dalam bahasa Arab. Jadi mungkin lebih baik tersangkut dari tak paham rasanya.
Saya tak nak cerita tentang kekalahan Argentina pun. Walaupun agak sedikit sedih tapi tak apa, masih ada Spain di tengah jalan yang bakal menghalang Germany.
Lagipun Klose itu kacak ;)

Pukul 4.00 pagi waktu Australia ni saya dah tak mampu nak bertahan lagi, jadi terpaksa mengalah. Biarkan saja Spain dan Paraguay. Saya yakin lah dengan Spain!
Sekarang laluan dah terbentang buat Germany dan Spain untuk mara ke final.
Go Spain!

Untuk semi-finals nanti, saya tak akan dapat tengok. Trip ke Sydney, Canberra, Perisher Valley, dan Melbnourne ni cukup mengambil masa yang agak lama sampai lah ke final terus. Saya sokong dari jauh saja.
;)


Dalam kereta nanti ada intenet ke nak tahu update siapa menang?