Friday, August 20, 2010

Diari Ramadhan: 10 - Ayah zaman muda

Pejam celik pejam celik tup tap tup tap dah 10 Ramadhan.
Bila difikir-fikir balik, terisi tak sepertiga bulan yang berlalu tu dengan sebaiknya?
Bak kata orang, tepuk dada tanya iman.
Hanya Jauhari yang mengenal Manikam. Siapa Manikam? Hanya Jauhari lah yang kenal... (merepek je).

* * *

Tadi saya ternampak satu album Seratas di fb home. Dalam album tu ada gambar-gambar zaman lama yang saya pon memang tak kenal super senior tu semua. Tapi saya suka tengok sebab nak cari gambar Ayah dengan Mak Chik. Tengok dan tengok, saya terjumpa jugak satu gambar Ayah dalam album tu. Gambar ni mungkin gambar waktu zaman awal-awal 90an kalau tak silap.

Tak tau lah kenapa Ayah tadah tangan, nanti kena tanya ni.

Cuma bila saya baca komen-komen ex-students kat bawah tu, saya discovered something yang lawak.

Siapa Lee Roy?

Dulu Ayah pernah jugak cerita pasal nama dia diconteng dekat dinding depan komputer lab (sebab garang kot), tapi tak pernah pulak cerita pasal Lee Roy ni. Mungkin Ayah tak tau lah. Haha...

p/s: Kena suruh ayah buat fb la lepas ni.

Sunday, August 15, 2010

Diari Ramadhan: 6 - Budak bandar




" Ada ular ke?"
"Tak de....."
"Ada ikan jaws ke?"
"Tak de....."
"Ada buaya ke?"
"Tak de....."
"Cepatlahhh budak bandar!.."
That term!
'budak bandar'
Dulu-dulu masa kecik saya pernah guna term ni bila described cucu jiran kami yang datang dari KL.
Waktu tu macam nak kutuk lah yang budak KL ni sombong tak macam budak Ipoh (modal bersembang dengan geng sepermainan setaman), tapi hakikatnya saya pon pernah tinggal di KL selepas berpindah dari Taiping, dari umur 2 tahun sampailah ke darjah 3, sebelum pindah ke Ipoh. (panjang jugak salah silah perpindahan ni bila ditulis)
Kesimpulannya, budak Taiping ke, KL ke, Ipoh ke, semua sama saja kan...
p/s: Walaupun masih di awal Ramadhan, perasaan nak pulang beraya di kampung tu memang membuak-buak (sebab tak dapat balik raya) lagi-lagi bila tengok iklan-iklan raya di TV, eh salah, di Youtube tu >_<

Thursday, August 12, 2010

Diari Ramadhan: 2

Baru saja hari kedua puasa, salam perantauan kami serumah dah masuk surat khabar Utusan Malaysia hari ni.
Terima kasih buat Rabiah yang tolong alert kan kami di status facebook pagi tadi.
Tak sangka pulak keluar seawal ni.


Apa-apa pun, baik kita gunakan bulan Ramadhan ni sepenuhnya sementara masih awal.


p/s: hari ni berbuka dalam kelas lagi >_<

Wednesday, August 11, 2010

Diari Ramadhan: 1

Waktu berbuka puasa di Adelaide hari ni ialah pada pukul 5.43 petang.
Sekarang jam di desktop ni dah pon pukul 5.40 dan kami masih lagi dalam kelas.
Andy pulak masih belum start mengajar.


Macam ni lah berpuasa di sini, kena compromise dengan macam-macam hal, contohnya seperti kelas yang sampai ke malam ni.

Jadi hari ni kami berbuka dengan air mineral dan gula-gula mentos dulu.
Tapi jangan risau, menu tambahan lain tetap ada nanti.
Alhamdulillah ;)

Tuesday, August 10, 2010

Jumpa lagi, Syaaban

Salam Ramadhan!
Malam ni Adelaide hujan, membasahi 1 Ramadhan dengan rahmat ♥

Selamat berpuasa dan selamat beramal.


p/s: Rasa nak spend beberapa dollar untuk kirim kad raya ke Malaysia tahun ni. Jadi siapa nak kad raya? Kalau nak sila bagi alamat tempat tinggal ;)

Read!

ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ
Proclaim! (or Read!) in the name of thy Lord and Cherisher, Who created


Baca dan faham, moga kita sentiasa dalam panduan Al-Quran insyAllah ;)

Sunday, August 8, 2010

Best picture of the month




Perisher Valley, July 2010


Dalam banyak-banyak gambar winter trip haritu, saya paling suka gambar yang ini.
Gambar ni terserlah betapa desperatenya kami nak snow turun tapi tak da. Jadi terpaksalah main campak-campak sendiri je.
Satu lagi sebab mafla Spain yang dipakai tu. Terasa hangatnya kemenangan Spain walaupun sejuk bak salju kat situ. (thanks Jiha kasik pinjam)


Apa-apa pun, berbalik kepada masa sekarang, tinggal 2 hari saja lagi nak masuk bulan Ramadhan.

Selamat berpuase buat kome semua. Moh kite imarahkan Ramadhan kali ni. InsyAllah ;)


p/s: Gambar credit to album Y kat fb.

Friday, August 6, 2010

Kisah Ifa Diego

Macam yang biasa berlaku, masa kami nak balik ke rumah dari sekolah tadi, bas W90 terlepas depan mata je.
Nak tak nak 15-20 minit lagi baru bas seterusnya sampai.
Kami pun main permainan yang selalu kami main untuk hilangkan bosan menunggu bas.


Ifa: Ok Nana, cuba hang carik rabbit.

Nana: Rabbit? Hum... Mana ni... (beberapa saat kemudian) Oh tu ha, tadi bas M44 tu lindung!

Ifa: Haha besar kan, dia pandang hang la Nana. (Ifa memang suka cakap benda pelik macam ni)

Nana: Ok tak pa Ifa, carik Austin pulak.

Ifa: Perkataan ke ape?

Nana: Mana aci bagi clue. Carik je lah.

Ifa: Tak pe la, clue sikit je.

Nana: Tak boleh. Cepat carik, aku dah ada idea lagi satu ni.

Ifa: Kejap la! (Setelah agak lama) Ala... tak tau lah.

Nana: Haha surrender ke?

Ifa: Aah.

Nana: Tu Austin St sana tu. Yeay Ifa kalah!

Ifa: Ala jauh tu, mana nak nampak!

Nana: Ape pulak, ok la tu. Hang yang tak terror.

Ifa: Ok o bagi hang lagi satu. Carik.. Aurion.

Nana: Boleh nampak dari sini tak? Dia tak bergerak kan? Tak aci la kalau bergerak tau. (Pusing-pusing lama jugak) Mana ni Ifa..
Oh! Tu dekat kereta biru tu! Haha yes!

Ifa: Haha (gelak kalah). Tengok, o bagi hang dekat je, hang tadi bagi jauh.

Nana: Eleh, tak de la jauh mana pun. Ok next, Hanoi.

Ifa: Hanoi? (Lama sampai bas dah datang pun tak jumpa-jumpa lagi)
Eh bas dah sampai la. Mana nye?

Nana: HAHA! Ok la aku bagitau, tu dekat newspaper hang pegang tu la. Hehe...

Ifa: Mana aci kat surat khabar!!

Nana: Ape pulak, aku bagi lagi dekat, hang yang pegang sendiri paper tu kan.
Yeay 2-0. Ifa kalah ;P


Ifa naik bas dengan tak puas hati.
Dalam bas boleh lagi nak main sebab tak nak kalah punya pasal.
Kesian Ifa >_<

p/s: Dah la sebenarnya terpaksa balik cepat walaupun tak nak, sebab kami kena menyamak tangan akibat terpegang 'beg cantik' di Strandbags tadi. Harus lebih berhati-hati lepas ni.

Tuesday, August 3, 2010

Damaged


Half a pair


This piece of my contact lenses is damaged without reason.
The worst part is that it should be at least lasted for a month after being opened, but this is only one week old.

T_T

Sunday, August 1, 2010

Sedikit sebanyak

Spring
Tanggal 1 Ogos ni, winter hanya tinggal 31 hari saja lagi. Spring bakal menyusul secara official pada 1 September nanti walaupun pertukaran musim tak lah boleh dijangka-jangka dengan tarikh yang tepat.
Hakikatnya musim sejuk ni memang banyak cabaran. Bila malam lagi panjang dari siang, jam baru pukul 10 atau 11 dah mengantuk. Belum sempat lagi nak study lecture note esok. Jari pula sejuk beku, susah nak menulis.
Tak sabar rasanya nak sampai ke spring. Tak sabar nak tengok bunga-bunga mekar ditambah harmoni warna-warni.

Ramadhan
10 hari lagi Ramadhan juga bakal tiba. Bulan yang penuh berkat. Saya rasa semua orang mesti harapkan yang terbaik kan? Moga-moga insyAllah, Ramadhan kali ini kita sambut dengan berbesar hati dan kita penuhkan dengan amalan yang besar-besar. BESAR PUNYA!

Sekolah
Saya rasa dah 2 kali pun saya post entry tentang jadual semester2 ni. 2 hari dalam seminggu saya ada kelas sampai ke malam, dan 2 kali seminggu jugaklah saya kena berbuka dalam kelas. Tapi tak pa, paling tidak saya ada makanan, tak macam orang lain yang jauh lebih susah. Sekolah sem ni pun saya harap lebih menarik dari sem lepas sebab, satu-satunya kelas Computer Manipulated Photography A tu ada ramai perempuan. Selalunya kami 3 orang la perempuan-perempuan Melayu terakhir dalam kelas dan dikelilingi mat-mat salleh. Tapi kelas yang ini berbeza. Ramai perempuan dari lelaki dan saya rasa perempuan sangat helpful. Tambah-tambah lagi bila mak cik haritu terkurung dalam bilik printer dengan kami. Mak cik tu cool!

Aidilfitri
Saya tak balik raya di Malaysia tahun ni. Sejak dua menjak ni ramai pulak orang yang tanya pasal balik raya ke tidak. Saya tau ramai rindukan saya, tapi nak tak nak, pagi raya tu saya ada kelas. Mungkin saya boleh sambut Aidilfitri dengan classmates kelas Structure 1 tu nanti.


;)